Search


ORIVIA!!

Hai guys, korang tahu ta...

  • Share this:


ORIVIA!!

Hai guys, korang tahu tak, daun stevia ni sebenarnya dah lama digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun dulu. Actually, dah lama dah manusia jumpa daun stevia ni. Namun, kajian meluas terhadap Stevia dilakukan pada awal kurun ke-19 selepas pengkaji dan penyelidik Brazil mengetahui bahawa sehelai daun Stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat. Stevia berasal dari keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea. Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.

Stevia yang diluluskan dalam akta makanan untuk dijadikan sebagai pemanis dan pengganti gula pasir adalah ekstrak Stevia. Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis. Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.
Kemanisan daripada ekstrak Stevia ini adalah 200 hingga 300 kali lebih manis daripada gula tebu. Walaupun ia lebih manis daripada gula pasir, tetapi ia tidak mengandungi kalori (zero calorie). Ia tidak mengandungi karbohidrat, tiada lemak, dan tiada kolesterol.

Disebabkan Stevia ini selamat digunakan dan tahan pada suhu yang tinggi, ramai pengguna dari seluruh dunia seperti England, Amerika Syarikat dan beberapa lagi negara maju yang menggunakan pemanis semulajadi ini menggantikan gula pasir dalam pemakanan harian mereka.

Selain itu, Ekstrak Stevia juga berfungsi sebagai pemanis makanan dan minuman, ia juga mempunyai banyak khasiat dari segi perubatan seperti mengawal berat badan, mengelak dan mengawal penyakit kencing manis (Diabetes) dan juga mampu mengawal tekanan darah dalam badan.

ORIVIA 15ml

Jadi apa tunggu lagi, ubah cara hidup anda dengan menggantikan gula kepada pemanis semula jadi, ORIVIA. Mudah sahaja, gunakan ORIVIA sebagai pengganti gula anda beserta dengan packaging-nya yang mudah di bawa ke mana-mana. Yang paling penting, pemanis semula jadi ORIVIA yang berasal dari ekstrak daun Stevia ini tidak mengandungi kalori atau lebih di kenali sebagai "zero calorie". Nantikan kemunculan ORIVIA dipasaran. Stay tuned!


Tags:

About author
Hosting | Acting | Business
WELCOME TO THE OFFICIAL PAGE OF UYAINA ARSHAD!
View all posts